Saturday, 2 June 2012

KESALAHAN UMUM TATABAHASA

KESALAHAN EJAAN

Termasuklah penggunaan tanda sempang, ejaan dengan menggunakan huruf kecil atau besar, dieja secara jarak atau rapat atau dieja dengan cara tidak tepat. Contoh kesalahan ejaan:

Ke 15 sepatutnya ke -15
Bahasa Melayu sepatutnya bahasa Melayu
Walaubagaimanapun sepatutnya walau bagaimanapun
Semangat patriotisme sepatutnya semangat patriotik

KESALAHAN IMBUHAN

Melibatkan awalan, apitan, akhiran dan sisipan. Contoh kesalahan imbuhan ialah:

kebaikkan sepatutnya kebaikan
galakkan sepatunya galakan
perlantikan sepatutnya pelantikan
pensejagatan sepatutnya penyejagatan
membaca sepatutnya membacakan
menghadiahi sepatutnya menghadiahkan

KESALAHAN BAHASA

Melibatkan kesalahan frasa, klausa atau struktur ayat . Contoh kesalahan bahasa ialah:

Kredit kad sepatutnya kad kredit
Saya akan tulis sepatutnya akan saya tulis
mereka naiki sepatutnya dinaiki oleh mereka
dari masa ke semasa sepatutnya dari semasa ke semasa
paling cantik sekali sepatutnya paling cantik atau cantik sekali.

KESALAHAN KATA ATAU ISTILAH
Melibatkan penggunaan kata atau istilah yang tepat. Contoh kesalahan kata ialah:

berlabuh (kapal) atau berhenti (bas)
makan (orang biasa) atau santap (raja)
kata sendi nama pada atau kepada,
insentif atau intensif

1 comment:

  1. assalamualaikum saya hendak bertanya , kalau perkataan :
    - mengganggap : menganggap
    - mengelakan : mengelakkan
    - jaya : kejayaan ("ke" tu imbuhan kah ,sebab ada 'an' di belakang
    itu termasuk dalam kesalahan ejaan atau imbuhan ya ? mohon pencerahan terima kasih

    ReplyDelete