Dalam siri 1 dulu, murid-murid diingatkan supaya mengenali semua benda yang ada disekitar kita . Contohnya seterika , penyapu dan sebagainya. Pastikan ejaannya betul.
Seterusnya , pastikan kata kerja yang dipilih adalah tepat . Contohnya :
a) Beberapa orang pengakap sedang masak air . ( x )
b) Beberapa orang pengakap sedang menjerang air . ( /)
Terdapat 4 langkah yang perlu dilakukan :
a. Mencari kata kunci soalan ( Terdapat dalam soalan )
b. Menyenaraikan kata kerja ( aktiviti ) yang terdapat dalam petikan .
c. Membina ayat menggunakan kata kerja dan mulakan ayat dengan subjek atau watak.
d. Semak semula ayat dari segi ejaan dan struktur ayat .
a. Langkah pertama
Calon perlu mencari kunci soalan yang terdapat dalam soalan. Kunci soalan dalam Bahagian A ada tiga, iaitu “tentang”, “aktiviti” atau “situasi”.
Kunci soalan juga boleh diperoleh dalam gambar. Contohnya dalam UPSR 2008, terdapat ayat “Cara-Cara Melintas Jalan Raya Dengan Selamat”. Ayat tersebut boleh calon gunakan ketika membina ayat.
Walau apapun kunci soalan yang diberikan dalam peperiksaan tahun ini, calon dinasihatkan agar memulakan ayat dengan subjek (watak).
Contohnya :
Seorang budak lelaki
Dua orang pelajar
Seorang lelaki
Puan Aisyah
JANGAN SEKALI-KALI MENGGUNAKAN KATA GANTI NAMA .
CONTOHNYA :
Mereka atau dia sebagai subjek dalam ayat.
Mereka sedang menyapu sampah. ( X )
Beberapa orang budak perempuan sedang menyapu sampah.( / )
Hingga bertemu lagi di siri 3 . Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment